Friday, January 27, 2012

Tahniah Buat Team Sepak Takraw Kita...

Syabas dan tahniah untuk semua ahli pasukan Sepak Takraw kita yang telah menjadi johan untuk kejohanan Sepak Takraw Zon KDSR 2. Perlawanan akhir melawan pasukan SK Pauh bukan mudah untuk pasukan kita kerana pasukan tersebut adalah juara bertahan untuk zon KDSR 2 ini. Perlawanan akhir sangat sengit sekali. Kedua-dua pasukan memberikan saingan sengit untuk mendapat gelaran johan. Setelah saingat sengit yang membawa kepada Tie Break, kemenangan berpihak kepada pasukan SK Pasir Nering. Syabas dan tahniah diucapkan.

Tidak lupa juga, jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada jurulatih-jurulatih, guru-guru dan penyokong-penyokong pasukan kita. Semoga pasukan kita akan lebih gagah di peringkat lebih tinggi..

Tahniah!!!!