Monday, January 16, 2012

Pertandingan Ping Pong Peringkat KDSR 2

Aktiviti sukan sekolah-sekolah rendah Hulu Terengganu telah bermula bagi sesi persekolahan 2012. Acara pembukaannya adalah acara Ping Pong. Pertandingan ini diadakan di Dewan Sivik Kampung Butut.
SK Pasir Nering telah menghantar 4 murid sebagai wakil sekolah bagi menghangatkan lagi saingan di peringkat KDSR 2.
Diharap sekolah kami mampu mengekalkan kejuaraan seperti tahun lepas.
Selamat Berjaya Semua!!! Semangat.. Semangat..Semangat...