Wednesday, January 4, 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah

Alhamdulillah, sesi persekolahan baru 2012 telah berjalan dengan baik dan lancar sekali. Selamat kembali ke sekolah di ucapkan kepada semua guru-guru dan murid-murid. Kepada Murid Tahun 1, Selamat Datang diucapkan. Semua murid kelihatan begitu gembira sekali pada hari pertama persekolahan ini. Bagi murid tahun 1 pula, mereka kelihatan tidak kekok apabila berada dalam kelas kerana mereka telah biasa dengan suasana persekolahan di Tadika dan purata daripada mereka adalah daripada Tadika yang sama.

Kepada murid-murid, selamat belajar semua dan:
Kepada guru-guru, selamat kembali menjalankan tugas, semoga keikhlasan kita mendidik anak bangsa mendapat keberkatan daripada ILLAHI...