Sunday, June 23, 2013

Sukan Tahunan Sekolah

Pada 20 Jun 2013, SK Pasir Nering telah mengadakan Sukan Tahunan Sekolah.. Sambutan begitu meriah sekali.. Murid-murid dan ibu bapa kelihatan begitu gembira. Johan dimenangi oleh Rumah Biru diikuti Rumah Kuning dan ketiga Rumah Merah. Tahniah buat semua.



















Sunday, June 2, 2013

Kebanggaan SKPN

Sekalung tahniah dan syabas buat pemain Bola Tampar MSSM sekolah kita kerana berjaya mengharumkan nama Terengganu dengan menjadi Johan bagi pasukan P12 dan Naib Johan bagi pasukan L12... Dua Pemain SKPN yang mewakili Terengganu ialah Afif Aiman Bin Nordin dan Siti Aishah Binti Jusoh. Kedua-duanya sangat-sangat membanggakan sekolah seterusnya Negeri apabila dinobatkan sebagai 'Blocker' terbaik bagi Afif dan ' Server' terbaik bagi Siti.. Tahniah untuk kedua-duanya.
Bagi jurulatih utama mereka iaitu Cikgu Isyamzazril Bin Mohamad serta semua guru-guru yang terlibat diucapkan Jutaan Tahniah dan Terima Kasih.. Semoga kita akan terus gemilang di musim akan datang....



Friday, May 17, 2013

Guru Malaysia : 1Aspirasi 1Agenda

Selamat Haru Guru kepada semua guru-guru Malaysia. Terutamanya kepada semua guru-guru SK Pasir Nering. Jasamu sentiasa dikenang... 
Sambutan Hari Guru yang diadakan di sekolah kami sangat meriah. Semua guru-guru dihargai.. 





















Tuesday, January 1, 2013

Selamat Kembali ke Sekolah Untuk Sesi 2013

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua murid dan warga SKPN. Selamat menjalani sesi persekolahan seperti sediakala. Semoga 2013 terus gemilang dan cemerlang..