Tuesday, January 31, 2012

Kejohanan Bola Tampar KDSR 2...

Kejohana Bola Tampar KDSR 2 Lelaki dan Perempaun akan diadakan seperti berikut :-

===================================

Tempat : SK Kuala Dura
Tarikh : 31 Januari 2012 - 2 Februari 2012
Masa : 2.30 Petang

===================================

Selamat menjayakan kejohanan diucapkan kepada semua pasukan.
Kepada Pasukan SK Pasir Nering semoga kejayaan menjadi milik kita... Chaiyok...Chaiyok...


Friday, January 27, 2012

Tahniah Buat Team Sepak Takraw Kita...

Syabas dan tahniah untuk semua ahli pasukan Sepak Takraw kita yang telah menjadi johan untuk kejohanan Sepak Takraw Zon KDSR 2. Perlawanan akhir melawan pasukan SK Pauh bukan mudah untuk pasukan kita kerana pasukan tersebut adalah juara bertahan untuk zon KDSR 2 ini. Perlawanan akhir sangat sengit sekali. Kedua-dua pasukan memberikan saingan sengit untuk mendapat gelaran johan. Setelah saingat sengit yang membawa kepada Tie Break, kemenangan berpihak kepada pasukan SK Pasir Nering. Syabas dan tahniah diucapkan.

Tidak lupa juga, jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada jurulatih-jurulatih, guru-guru dan penyokong-penyokong pasukan kita. Semoga pasukan kita akan lebih gagah di peringkat lebih tinggi..

Tahniah!!!!

Thursday, January 26, 2012

Sekitar Kejohanan Sepak Takraw...

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pasukan yang telah mengambil bahagian....


Majulah sukan untuk Negara...

Wednesday, January 25, 2012

Peringkat Seterusnya Kejohanan Sepak Takraw..

Selesai sudah peringkat kumpulan untuk. 4 pasukan telah menempah tiket ke peringkat seterusnya iaitu peringkat separuh akhir. Kepada pasukan yang ke peringkat seterusnya, tahniah diucapkan. Kepada pasukan lain, cuba lagi di tahun depan.

SK Pauh merupakan Johan Kumpulan A dan SK Pasir Nering johan kumpulan B.

Perlawanan separuh akhir dan akhir akan diadakan seperti berikut :

=================================

Tarikh : 26 Januari 2012
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Gelanggang Serbaguna SK Pasir Nering

Separuh akhir pertama : SK Pauh VS SK Telaga
Separuh akhir kedua : SK Pasir Nering VS SK Kuala Berang

Akhir : ?????? VS ???????

===================================

Bersama-sama kita memeriahkan lagi perlawanan ini. Ayuh kita memberi sokongan untuk pasukan masing..

Kepada pasukan yang bertanding, all da best!!!

Selamat Bertanding...

Selamat Bertanding diucapkan kepada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Sepak Takraw Zon KDSR 2. Semoga semangat kesukanan terus membara di dalam diri setiap peserta ...

========================================
SEKOLAH-SEKOLAH YANG MENGAMBIL BAHAGIAN

  1. SK PASIR NERING
  2. SK PAUH
  3. SK KUALA BERANG
  4. SK SERI BULUH
  5. SK KUALA DURA
  6. SK TELAGA
  7. SK TENGKU AMPUAN INTAN
  8. SK SERI BERANG
  9. SK TAPAH
=========================================

Best of luck to all....