Sunday, June 2, 2013

Kebanggaan SKPN

Sekalung tahniah dan syabas buat pemain Bola Tampar MSSM sekolah kita kerana berjaya mengharumkan nama Terengganu dengan menjadi Johan bagi pasukan P12 dan Naib Johan bagi pasukan L12... Dua Pemain SKPN yang mewakili Terengganu ialah Afif Aiman Bin Nordin dan Siti Aishah Binti Jusoh. Kedua-duanya sangat-sangat membanggakan sekolah seterusnya Negeri apabila dinobatkan sebagai 'Blocker' terbaik bagi Afif dan ' Server' terbaik bagi Siti.. Tahniah untuk kedua-duanya.
Bagi jurulatih utama mereka iaitu Cikgu Isyamzazril Bin Mohamad serta semua guru-guru yang terlibat diucapkan Jutaan Tahniah dan Terima Kasih.. Semoga kita akan terus gemilang di musim akan datang....