Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua murid dan warga SKPN. Selamat menjalani sesi persekolahan seperti sediakala. Semoga 2013 terus gemilang dan cemerlang..
Kesungguhan pasukan kita menjalani latihan jelas terpancar. Peserta, jurulatih dan guru-guru memberikan sepenuh komitmen bagi mencapai matlamat sebagai Juara. Latihan dan perlawanan persahabatan telah dijalankan bagi memantapkan lagi pasukan kita.
Semoga kesungguhan dan ketekunan membuahkan hasil.
Syabas dan Tahniah untuk semua ahli pasukan Bola Tampar Lelaki dan Perempuan kita yang telah menjadi Naib Johan untuk kejohanan Bola Tampar Zon KDSR 2. Perlawanan akhir untuk pasukan lelaki dan perempuan, kedua-duanya melawan pasukan SK Dusun. Bukan mudah untuk pasukan kita kerana pasukan tersebut adalah juara bertahan untuk Zon KDSR 2 juga Juara bertahan peringkat Daerah. Perlawanan akhir kedua-dua perlawanan sangat sengit sekali. Kedua-dua pasukan memberikan saingan sengit kepada pihak lawan. Kemenangan berpihak kepada SK Dusun. Syabas dan Tahniah diucapkan.
Tidak lupa juga, jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada jurulatih-jurulatih, guru-guru dan penyokong-penyokong pasukan kita. Semoga pasukan-pasukan kuta akan lebih gagah di peringkat lebih tinggi...