Tuesday, January 31, 2012

Kejohanan Bola Tampar KDSR 2...

Kejohana Bola Tampar KDSR 2 Lelaki dan Perempaun akan diadakan seperti berikut :-

===================================

Tempat : SK Kuala Dura
Tarikh : 31 Januari 2012 - 2 Februari 2012
Masa : 2.30 Petang

===================================

Selamat menjayakan kejohanan diucapkan kepada semua pasukan.
Kepada Pasukan SK Pasir Nering semoga kejayaan menjadi milik kita... Chaiyok...Chaiyok...


Friday, January 27, 2012

Tahniah Buat Team Sepak Takraw Kita...

Syabas dan tahniah untuk semua ahli pasukan Sepak Takraw kita yang telah menjadi johan untuk kejohanan Sepak Takraw Zon KDSR 2. Perlawanan akhir melawan pasukan SK Pauh bukan mudah untuk pasukan kita kerana pasukan tersebut adalah juara bertahan untuk zon KDSR 2 ini. Perlawanan akhir sangat sengit sekali. Kedua-dua pasukan memberikan saingan sengit untuk mendapat gelaran johan. Setelah saingat sengit yang membawa kepada Tie Break, kemenangan berpihak kepada pasukan SK Pasir Nering. Syabas dan tahniah diucapkan.

Tidak lupa juga, jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada jurulatih-jurulatih, guru-guru dan penyokong-penyokong pasukan kita. Semoga pasukan kita akan lebih gagah di peringkat lebih tinggi..

Tahniah!!!!

Thursday, January 26, 2012

Sekitar Kejohanan Sepak Takraw...

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pasukan yang telah mengambil bahagian....


Majulah sukan untuk Negara...

Wednesday, January 25, 2012

Peringkat Seterusnya Kejohanan Sepak Takraw..

Selesai sudah peringkat kumpulan untuk. 4 pasukan telah menempah tiket ke peringkat seterusnya iaitu peringkat separuh akhir. Kepada pasukan yang ke peringkat seterusnya, tahniah diucapkan. Kepada pasukan lain, cuba lagi di tahun depan.

SK Pauh merupakan Johan Kumpulan A dan SK Pasir Nering johan kumpulan B.

Perlawanan separuh akhir dan akhir akan diadakan seperti berikut :

=================================

Tarikh : 26 Januari 2012
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Gelanggang Serbaguna SK Pasir Nering

Separuh akhir pertama : SK Pauh VS SK Telaga
Separuh akhir kedua : SK Pasir Nering VS SK Kuala Berang

Akhir : ?????? VS ???????

===================================

Bersama-sama kita memeriahkan lagi perlawanan ini. Ayuh kita memberi sokongan untuk pasukan masing..

Kepada pasukan yang bertanding, all da best!!!

Selamat Bertanding...

Selamat Bertanding diucapkan kepada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Sepak Takraw Zon KDSR 2. Semoga semangat kesukanan terus membara di dalam diri setiap peserta ...

========================================
SEKOLAH-SEKOLAH YANG MENGAMBIL BAHAGIAN

  1. SK PASIR NERING
  2. SK PAUH
  3. SK KUALA BERANG
  4. SK SERI BULUH
  5. SK KUALA DURA
  6. SK TELAGA
  7. SK TENGKU AMPUAN INTAN
  8. SK SERI BERANG
  9. SK TAPAH
=========================================

Best of luck to all....

Tuesday, January 24, 2012

Kejohanan Sepak Takraw KDSR 2

Kejohanan Sepak Takraw KDSR 2 akan diadakan di SK Pasir Nering bermula 25/12012-26/1/2012 , diharap semua guru dapat menghadirkan diri. Kejohanan bermula pada pukul 2 petang. Bersama-samalah kita menjayakan kejohanan ini..

Maju Sukan Untuk Negara...

Wednesday, January 18, 2012

Taklimat pengurus pasukan Kejohanan Sepak Takraw Zon KDSR 2

Taklimat pengurus-pengurus pasukan Sepak Takraw Zon KDSR 2 telah diadakan pada 17 Januari 2012. Semua pengurus pasukan telah menghadirkan diri. Taklimat ini juga telah dihadiri wakil dari Exco sukan Majlis Guru Besar Zon KDSR 2 iaitu En.Mohd Nasir yang juga merupakan Guru Besar SK Tapah.

Monday, January 16, 2012

Mesyuarat Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun KDSR 2

SK Pasir Nering telah dipilih sebagai penganjur untuk kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun KDSR 2. Mesyuarat akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 17 Januari 2012 ( Selasa )
Masa : 2.30 Petang
Tempat : SK Pasir Nering

Semua sekolah zon KDSR 2 dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Pertandingan Ping Pong Peringkat KDSR 2

Aktiviti sukan sekolah-sekolah rendah Hulu Terengganu telah bermula bagi sesi persekolahan 2012. Acara pembukaannya adalah acara Ping Pong. Pertandingan ini diadakan di Dewan Sivik Kampung Butut.
SK Pasir Nering telah menghantar 4 murid sebagai wakil sekolah bagi menghangatkan lagi saingan di peringkat KDSR 2.
Diharap sekolah kami mampu mengekalkan kejuaraan seperti tahun lepas.
Selamat Berjaya Semua!!! Semangat.. Semangat..Semangat...

Friday, January 6, 2012

Kalendar Sekolah 2012

KALENDAR AKTIVITI JANUARI - MAC 2012

JANUARI

TARIKH

AKTIVITI

TINDAKAN

1

Mesyuarat pengurusan kali pertama

Semua guru

1

Pendaftaran Tahun 1 – 6

Semua guru

3

Persekolahan sesi 2012 bermula

3 – 5

Edar borang BMM

HEM

3 – 5

Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah

Penyelaras PSS

Perlantikan Pengawas dan Pustakawan

Guru disiplin&Pustaka

Mesyuarat JKS

S/U JKS

8 - 19

Mesyuarat panitia-panitia m/pelajaran/ppsmi

Semua guru

Semakan daftar dan kelahiran Tahun 6

Guru Thn 6

Pendaftaran UPSR

Penyelaras UPSR

ETR Tahun 2 – 6

Peny. Peperiksaan

18

Mesyuarat AJK UPSR

Penyelaras UPSR

18

Mesyuarat HEM & KOKO

HEM & KOKO

TOV

Peny peperiksaan

Pembahagian rumah sukan/latihan olahraga

Guru Sukan

Perjumpaan dengan ibu bapa murid thn 1 dan thn 6

Penyelaras UPSR

Mesyuarat AJK PIBG

S/U PIBG

FEBRUARI

TARIKH

AKTIVITI

TINDAKAN

1

Mesyuarat AJK kantin

AJK kantin

Mesyuarat 3K

Peny. 3K

Kemaskini stok

Penyelaras stok

Latihan sukan dan permainan bermula

S/U Sukan

12 - 16

Minggu tilawah dan hafazan

Pan. Agama Islam

23

Sembahyang hajat UPSR

Peny. UPSR

Mesyuarat system bimbingan taulan

Ppenyelaras

MAC

TARIKH

AKTIVITI

TINDAKAN

3

Kem motivasi UPSR

Penyelaras UPSR

OTI 1

Penyelaras peperiksaan

9 – 17

Cuti pertengahan penggal

18 – 22

Mesyuarat panitia

Pengerusi panitia

22

Mesyuarat guru kali kedua

Semua guru

Mesyuarat JKS kali kedua

S/U JKS

01 – 31

Aktiviti ko kurikulum


Wednesday, January 4, 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah

Alhamdulillah, sesi persekolahan baru 2012 telah berjalan dengan baik dan lancar sekali. Selamat kembali ke sekolah di ucapkan kepada semua guru-guru dan murid-murid. Kepada Murid Tahun 1, Selamat Datang diucapkan. Semua murid kelihatan begitu gembira sekali pada hari pertama persekolahan ini. Bagi murid tahun 1 pula, mereka kelihatan tidak kekok apabila berada dalam kelas kerana mereka telah biasa dengan suasana persekolahan di Tadika dan purata daripada mereka adalah daripada Tadika yang sama.

Kepada murid-murid, selamat belajar semua dan:
Kepada guru-guru, selamat kembali menjalankan tugas, semoga keikhlasan kita mendidik anak bangsa mendapat keberkatan daripada ILLAHI...